My Banner

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, November 23, 2011

Oreo Grafik


50pcs Oreo Grafik Upin Ipin & Barbie order dari Pn.Zura untuk jamuan kelasnya.Terima Kasih

Wednesday, July 13, 2011

Coklat Bunga Tangan

Koleksi terbaru Gubahan coklat bunga tangan....semestinya sesuai untuk bunga tangan Pengantin,hantaran,sebagai hadiah atau pun hiasan meja..untuk gubahan ni saya gunakan bunga rose pink hidup untuk nampak lebih segar......

Monday, May 2, 2011

Tahukah Anda?.....Fakta atau mitos


Coklat tidak bersalah

Oleh REKHA NAIDU
Kita semua suka coklat tetapi berasa bersalah selepas mengambilnya kerana kita percaya bahawa ia akan menjejaskan kesihatan kita. Kita pasti terkejut apabila mengetahui bahawa semua ini adalah tidak benar belaka.
Sebenarnya, hasil daripada kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik. Sudah sampai masanya kita mengetahui perkara yang sebenar.

Fakta Pertama - Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.
Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.
Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.
Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Fakta Kedua - Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi.
Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.
Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"

Fakta Ketiga - Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.
Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.
Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Fakta Keempat - Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan fakta-fakta ini.
Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.
Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.
Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Fakta Kelima - Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak banyak.
Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap kolesterol di dalam darah.
Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

Fakta Keenam - Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar.Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan 'aphrodisiac'nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.
Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan 'psychoactive' yang bertanggungjawab.
Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan: "Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan." Dalam lain perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.
Jadi, apalagi ambillah coklat kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!
Artikel ini telah diedit dari The Sunday Star, Ogos 20, 2000 (muka surat 22)
Rekha Naidu adalah seorang pakar pemakanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koko sila faks: 603-5512 8595

Thursday, April 21, 2011

35pcs Coklat Hantaran dgn tema Black/White

Hasil seni kreatif  Coklat Bunga Pahar
200 pcs Order dari Batu pahat untuk Bunga pahar





Door Gift Coklat

Tema purple/putih sempena majlis perkahwinan anak pn.shida,untuk di jadikan buah tangan tetamu vip yang hadir...

Oreo Coklat

Sesuai untuk di jadikan hadiah Harijadi,Hantaran pertunangan/perkahwinan atau hadiah istimewa untuk orang tersayang....I LOVE U

Inilah tempahan pertama pelbagai perisa untuk kak nor.....
Try pula perisa Oren & White Coklat (coklat susu)

Yang warna purple ni pula berperisa Blueberi

Berperisa Pandan,Strawberi & Original


Inilah COKLAT pertama yg saya hasilkan semasa dalam kelas 'Penghasilan Coklat' bersama Pn.Salmar Nov 2010....